well the interview in malay language..
but i dont want just a text post..so a bit visual of
a character that i design..for one pitch..
sebelum ni banyak seisi interbiu mengenai penglibatan saya dalam bidang komik dan pekomik..dalam rancangan radio TV dan artkel..research dan macam-macam lg..
kali ni saya nak abadikan interviu dari student UiTM ini di blog saya untuk researchnya:
beginilah soalannya:
makasih en.azhar. orait en azhar,saya kasi en soalan lain.neh soalan nya. saya kasi balik soalan2 yang saya dah gitau kat en. sb nak kepastian. x nak reka2 la. x baik bulan posa. nnti salah info dosa jwapnya
1.partime, fulltime, indie, kontrak/amaturerr..saya tak berapa faham tang ni.. camnilah...saya buat komik part-time..waktu malam.. siang ..dulu saya lecturer kini transfer ke department animasi...lead storyboard artist, dan juga buat concept art..bila dah setel 1st & 2nd draft storyboard ni la....utk Ibn Batutta animated series..for more info sila ke: http://www.ibnbattuta.tv/home.html
indie ..?. mungkin stroke saya 'pulpy gritty look',,buleh di kira indie la kat Malaysia nih..stroke yg popular di Malaysia ni ala clean, kartun, mainstream..manga style..
kontrak?...dengan PTS aga free sikit tapi agremmnt untk kasi lisence to publish karya 'Liga Pendekar' dlm masa 5 tahun kalu tak silap..kemudian terpulang pada pengkarya (saya)..utk sambung publish dgn PTS for the next 5 years..
amatur?..maksudnya..karya saya amatur?...tapi kiranya work saya dah publish sejak 2001 melalui Urban Comics pas tu 2008..melalui Liga pendekar..kemudian dalam Komik-M Raya..juga bersama DBP online sekitar 2003-2004..dan ada komik baru coming soon hujung tahun nih..
2.fullname : Muahmad Azhar Abdullah
3.nama samaran: tiada..sebab saya bangga dengan nama sebenar
4.sejarah sebalik nama samaran: tiada..lagipon byk profesional di Amerika dan Jepun pakai nama sebenar
5.asal dan daerah mana: Taiping, tapi di besarkan di Shah Alam
7.anak keberapa dari berapa adik bradik: sulung..err ini pon kena tanya ke?
8.nama ibu dan ayah/pekerjaan ibu bapa:..wah ni buat bancian ke?,,mak bapak aku dah pencen,,mak aku keje keraai bank je.. bapa aku pegawai trafik MAS...
9.alamat rumah..la ni dok sentul..ni nak alamat ni,,nak kasi kad jemputan kawen ke..nak hantar kad raya?
10.sekolah rendah/menengahsekolah rendah seksyen 6 shah alam..sekolah mengengah seksyen 2 shah alam..sebelum ke Sekolah menengah projek Seksyen Shah Alam... pastu tingkatan 4& 5 di MRSM Jasin, Melaka
11.universiti/kolejDiploma In Architecture, UITM Shah Alam pas MA in New Media ( Graphic Design), FAD UiTM Shah Alam
12.course..dah jawab kat atas daa
13.bidang lain selain kartunisilustrator, storyboard artis, concept artis..juga writer
14.karya awal (terbitan dari mana/tajuk)karya awal masa dalam Urban COmics: Urban Babes, Paskal Garuda, Kisah Budak Asrama, Man
15.karya sekarangLiga Pendekar dan komik terbaru juga pasal pendekar di zaman jajahan Jepun di tanah Melayu
16.lain2 karya dan terbitanjuga inker untuk komik 1511 dan Semangat Gah-Sing..menang IPCC MSC Digital Comic Pitch 2008..terbitan..rahsia..
17.pameran yang join (jenis karya,tarikh & tempat)2001..pameran komik bersama UC masa di Arts Cafe, Balai Seni Lukis Negara..dah tutup cafe nih.. pastu di PWTC masa PeKOMIKON 2008 dan 2009
18.konsep & tema karya & kenapa??yg terkini..banyak unsur kemelayuan..purbawara nusantara la..kerana nak tunjuk kan karya melayu dalam komik untuk menarik kembali pembaca komik pada karya tempatan..taktala kebanjiran manga dan komik Hong Kong sekarang nih...
19.puas ati dengan karya & karier sekarangpasal karya komik..senantiasa tak puas sebab..selau nak hasilkan yg terbaik pada masa akan datang... dan sekarang ni pun berharap dapat buat komik 'full-time'..keje kat rumah buat komik...siapa tak nak kan?,,ngan gaji 4-6ribu buat komik dan ilustrasi...dream job tuh
20.jika diberi pelunag membuat sesuatu karya di syarikat komik di luar negara,karya style apa yang nak buat or yang nak dihasilkan.
saya pernah di komen oleh Liam Sharp,pelukis komik antarabngsa akan style saya agak 'gritty pulpy style'..maksudnya agak retro dan kasar la....kalu buleh karya kita sendiri di baca serata dunia..dan style saya agak indie raw..bukan mainstream la...
sebab seronok kalu karya tuh cam Batman dalam visual style kita sendiri untuk di paparkan... style tersendiri..original..tak tiru sangat mana2 style..
21.anugerah / penghargaam & kemenangankemenangan
Liga Pendekar sebagai pemenang geran MSC IPCC Digital Comic Pitch 2006
Semangat Gah-sing, emenang geran MSC IPCC Digital Comic Pitch 2008
Liga Pendekar memengani 5 kategori pada Anugerah PeKOMIK 2009:
- Komik Terbaik
- Komik Baru Terbaik
- Penulis Terbaik
- PeKOMIK terbaik
- Ilustrasi Kulit terbaik oleh Aadi Salman
22.pengalaman kerja (manis & buruk)manis masa karya kita publish la... buruk tak la..tapi susah la masa self-publish Urban Comics..dan hidup sebagai freelancer,,handle company sendiri memula dulu.. kena susah dulu la
23.kenapa pilih karya kartunissaya suka dan minat pada seni komik ini..
24.kalau x terlibat dalam bidang ni,bidang apa yang nak ceburientahlah... arkitek kut..sebab amek diploma sebagai arkitek sebelum bertukar jadi pekomik(pelukis komik) dan ilustrator bebas
25.siapa pengaruh entiada sesiapa pengaruh saya..minat sangat mendalam terhadap komik..ingin bekarya,,,menjadi sehebat Mike Mignola, Frank Miller, Paul Pope dan takeo Inoue
26.cabaran sebagai kartunismenghasilkan cerita dan lukisan komik yang menarik
27.pendorong utamaminat mendalam terhadap komik,,,dan ingin melihat persada komik tempatan juga sehebat di Jepun dan Amerika Syarikat..
juga isteri yg memahami dan menyokong kerjaya dan minat saya terhadap seni komik
28.idola dan kenapa?ada banyak..setiap mereka ini memperngaruhi saya dalam melukis komik..
ianya bermula sejak darjah 3..pabila pak tam saya belikan komik Batman dan Sgt Rock ketika naik train pulang ke kampung, Taiping. sejak itu saya terima pelbagai komik..macam John Romita work dlm Spiderman..Jack Kirby dalam fantastic four..tapi semuanya saya tak kenali dan idola pelukis-pelukis ini..
ianya bermula ketika saya meningkat remaja..masa 14 tahun..saya mula beli Spiderman..saya mula suka dan prohatin pada lukisan..pada tahun tuh 1991 rasanya..saya mula belek Spiderman,,dan lihat siapa artisnya..ianya adalah Todd McFarlane.. dan saya mula belajar lukis dan idola lukisannya..
kemudian sekitar 1994..saya mula meminati lukisan Frank Miller (Sin City) dan Mike Mignola ( HellBoy)..kerana keunikan contrast dan mainan shadow dalam karya mereka..
kemudian saya meminati inking dan style kevin Nowlan,,,
mereka di atas tetap pujaan saya,,kini saya lebih pada pelukis yang bermain berus seperti Paul Pope,Takehiko Inoue, Eric Canete ( dynamic pose & foreshorteningnya),, Jeff Smith, Fabio Moon, Ryan Sook, Adam Hughes...Bryan Hitch. Sean Philips Duncan Fegredo..Alex toth,,jack Kirby , Micheal Golden,,Erik Larsen.,,Frank Quitely.. banyak lagilah...
tempatan seperti Dato' Lat, Zoy..arwah Raja Hamzah, Aadi Salman, Kromosom ,,Ahmad Kamil Sabri
29.ada uat produk lain untuk dijualproduk lain tak de lagi setakat nih.. concentrate hasilkan komik yang terbaik..jadikannya satu branding dulu ke..
30.cita2menjadi pelukis komik sepenuh masa..dan karya2 banyak terhasil dan terjual seluruh dunia..ahahhaa
31.falsafah hidupbuat jer..belasah jer dulu..belum cuba belum tau...
sentiasa happy go lucky..
32.buku komik pilihanbanyak,, sangat..antaranya nama2 idoala
banyak sekali..
33.filem pilihanpun bermcam genre... antaranya Starwars original trilogy,,labyrinth, green Mile,Braveheart.. Dark Night..Tim Burton's Batman..
34.muzik pilihanbermacam jenis,,kecuali jenis rap nih,,ntah bende diorang cakap..selalunya bila saya bekerja saya layan original soundtrack ..seperti karya hans Zimmer, Danny Elfman, james Horner, tyler bates dll
35.selebriti/tokoh yang di minatitak sangat..Nabi Muhamad la...banyak kita boleh belajar dari dirinya..munasabah diri
36.warna kegemaranhijau..warna warna sejuk...
37.komen tentang komik tempatan pada zaman dahulu dan sekarangdulu agak bagus..sekitar 80an dan awal 90an..kemudian slow sikit..tapi kali ni ada harapan lagi dengan banyaknya bakat2 pekomik sekarang nih
38.saigan dengan majalah tempatan laintak memberi impak sangat sebab target maket berbeza
39.komen tentang lambakan komik luar negara kat malaysia ada pro dan negatifnya..yang sayangnya remaja dan budak-budak sekarang terlalu terdedah dengan kebanjiran komik luar..
sebab itu saya ingin keluarkan komik..untuk melawan kebanjiran komik tempatan
40.arus global & dan it menyebabkan pembaca beralih dari komik kepada internet komik.ini menurunkan sale komik.komen.ianya tidak memberi kesan sangat...sebab komik masih ada tempat di hati pembaca..keunikannnya berbeza..kalu banyak komik tempatan yang berkualiti, mereka pasti membaca komik sambil berinternet.
41.nasihat kepada mereka yang ingin menceburi bidang kartunsentiasa berusah..dan tanamkan minat,,jangan putus asa.
42.rancangan masa depan.banyakkan lagi karya komik
43.harapan bagi meningkatkan lagi tahap kartunis & komik tempatansentiasa improvekan diri..buat research...reference,,,belajar utk improve,, dan teruskan melukis..