Sunday, December 13, 2009

Comic pitch preview

preview of the Day:
clock is ticking..this is a comic pitch for an international comic anthology based in U.S. i just try my best.. dont know if i can make it..if the editor approved it.. all together 11 pages..and i've just completed 3 pages..the deadline is on 31st December... got my sister wedding coming this weeknd..PeKOMIK event and PeKOMIK award to be prepared..its a big event next Mac..

only find my way to do comic on weeknd..or if lucky some late night..
its hard to be a part time comic artist/creator...

picture below was taken from my interview in local newspaper Kosmo:
gamba keteika keluar dlm akhbar Kosmo Rabu lepas

kesuntukan masa..dengan kerja di opis animasi semakin sibuk..hanya ujung minggu ..atau tgh mlm baru leh pulun,,itu pon kalu larat,,nak pikirkan pulangan..memang takde..
pengkarya komik di malaysia kini tak seuntung..semewah seperti di Barat..Jepun mahupon Hong Kong..

demi minat pada komik...dan perjuangan untuk memartabatkan komik Melayu..saya usahakan juga..
terpaksa tolak tepi Komik pendekar terbaru saya bersama PTS untuk pitch komik 11pg ke pentas antarabangsa..tak tau sama ada approach melayu nusantara di terima oleh editor di Amerika ini..

byk sebab juga komik baru saya lewat..sebab kena siapkan komik pitch mdec 2008..pekomik..pitch utk komik Frank Cho..dan tekini pitch utk Komik antologi di Amerika,,
dan gambar di atas di ambil bila di interbiu wartawan Kosmo Sabtu lepas..dan keluar Rabu lepas..

artikelnya di sini..

now back to work..
wish i am a professional fulltime comic artist...

Thursday, December 03, 2009

Preview of the Day

another busy month... barely surfing the net closed to 2 months since my office moved to a new office..still on renovation work..still no telephone line..no internet connection.. me also moving back to shah alam living with my parents..barely used the internet at home..since my sister..and my wife using the net..and..i spend a lot of time with my daughter or at my drawing table.. struggling to finish my next graphic novel..67 pages to scan..6 pages to ink.. alotta layout and scripting to do..its not an easy job like doing novels..you can produce up to 3-4 novels per year if consistence.. so ..preview of the day... 4 years in the making..( complete one comic during this time).. berbalik pasal topic kenapa penerimaan bayaran komik atau royalti masih rendah..berbanding dengan menulis novel: ( mengikut pandangan saya)

1. harga buku novel di jual di pasaran lagi tinggi berbanding..maka nisbah pulangan royalti lagi tinggi berbanding komik... contoh: novel di jual pada harga RM20..katakan royalti 10% makan pengkarya akan dapat RM 2 per book.. komik di jual pada harga RM7..royalti 10% makan pengkarya akan dapat 70sen per book.. so kira sendiri kalu ianya terjual 10 000 unit setahun.. semestinya pengkarya novel akan dapat pulangan tinggi.

2. Penulis novel mampu menyiapkan 3- 5pg atau lebih sehari berbanding pengkarya komik yg melukis dan menulis komik... nak siapkan satu page mungkin sehari atau dua ( ini perbandingan antara pengkarya komik yg melukis dan menulis komik separuh masa..dengan penulis novel separuh masa).

3. proses menghasilkan komik agak rumit berbanding penulis novel.. amat setuju amat amat sukar menulis..merangka kerja untuk cerita fiksyen, research,reference..etc..tapi kesusahan menulis itu hanyalah 1/3 utk pengkarya komik tanggung kerana selebihnya setelah merangka cerita dan skrip kena merangka:


- susunan angle, visual..penceritaan bergambar bak director dan director of cinematography.
- lakaran thumbnai iaitu lakaran kasar sebelum melukis dengan pencil ( juga kena ambil kira faktor acting, expression, gesture, angle dan dwg style semasa melukis)

- seterusnya bila siap lakaran pencil ..kena buat kemasan inking.

- layout utk susunan ballon dan teks.
- scanning process dan touch up akan lukisan komik - taip skrip dan placing semua teks mengikut layout. ini realiti yg melambatkan process menghasilkan komik

4. nilai seni lukisan komik..kerana di negara luar yg komik ini adalah satu industri besar.. hasil lukisan komik ini di iktiraf profesionalismenya..dan di bayar walaupun ianya akan mendapat royalti atas creator own work... ada juga mendapat lump-sum paymnt akan artwrk dan juga imbuhan lain dan ada juga mendapat advence paymnt/royalti tinggi atas hasil seni lukisan komik itu.

5. market KOmik agak sukar dan masih belum besar berbanding market novel. ini kerana kebanjiran komik luar (jepun dan HK) menggangu pasaran komik tempatan juga persaingan media hiburan lain seperti games, movies, internet,hp yg menjadi kegilaan remaja kini.

6. Juga di akui penerbit agak takut dengan modal yg tinggi dalam penghasilan komik. perlu lebih promosi dan stratergi pemasaran memandang kan industri komik tempatan masih kebelakang dan amat sukar menarik remaja/kanak-kanak kini ke atas komik tempatan dengan daya saing kuat dari manga/anime.

ini adalah realiti..dan saya berharap Komik tempatan dapat menembusi benteng penerbitan komik supaya ianya menjadi kegilaan remaja/kanak-kanak kini atau dewasa kini.. kerna ketika ini industri komik tempatan masih malap.

segala usaha pekomik(penggiat komik), kerajaan (mdec) dan penerbit di malaysia amat saya hargai untuk memajukan komik tempatan supaya ianya akan semaju di eropah, amerika, jepun dan Hong Kong.

IsyAllah