Wednesday, July 13, 2011

Moving to my new Studio ( a risky move)..

yup.. when you work on your own..self employ ..
you grab whatever job opportunity you can..you never know  when the job is kinda dry..
so busy yes i am..time is everything.
 pict below my working station.Most of my collection either in my parents house, office & store..  yup dalam gamba ni rumah saya dok ngan mak mentua la.. dulu zaman UC keje sendiri ada studio rumah..sekitar 2000-2004...byk gak barang kat Studio UC ni..kini dlm setor.. work station ni share ngan bini buat keje..agak sempit padat dan panas gak la..ahahah.
well..for close to 6 years,,here's my corner to do work..usually @ night & weekend,,coz i have a day job.

with so many uncertainty in life..yup you can only plan..
"kita Hanya merancang..Tuhan yang menentukan,,,"
dan selalunya apa yang di rancang tak akan berlaku seperti yang di rangka..macam2 berlaku..yang jadi..benda yang tak di jangka...
ianya selalu berlaku macam ni..

now this is the bold valiant move decision from me..with uncertainty in job and life,, i gamble to rent a house for a studio..SOHO..(Studio Home Office)... more money needed..to pay rent , bills..interior etc..
I Need a studio a place of my own to draw n store my collection of comics and books..hundreds of em..
but i just do it,..i need a space..maybe i be more productive in a new Studio?
BELASAH JE...
so here's some update of my sketches/work..
ini bukan sketches..saja kembali bertapa bersatu bersama alam semulajadi bertasbih atas keagungan Ilahi. rileks jap di tengah kesibukan kerja..balik kampung..sepupu kawin..bertapa bertafakur bersama di Bukit Jana.
Ini beberapa drawing sketches di buat masa di opis sekitar 2010...
 sketchbook yang sentiasa di bawa semasa meeting..sambil meeting..saya pon menconteng... color tu add dalam photoshop..itu je la update kali ni..nak sambung kemas..ke new Studio... harap dapat update lg blog regurlarly..





Monday, May 30, 2011

Another Busy May (Month)

just finished Bulan Komik..Anugerah PekOMIK 2011..
so bored doing other jobs... my mind on pekomik convention keeping the event go smooth even thou a lot ..a lotta hick ups,,
wondering i have a big no of visitors from USA ( 2nd top visitors after malaysia),, are they genuine or bugs and spams..
so just a lil digital doodle
taktala bosan dan letih buat keje.. praktis digital sketch
 foto di kedai komik GnB singapore..best wooo..heaven,,
 bersama rakan-rakan di opis zebra fx/go fusion..sekitar 2010.
bersama rakan2 di opis lama..team 3D yang tinggal..
 beberapa permainan di opis..kini di dalam kotak. part01
 beberapa permainan di meja,opis..kini di dalam kotak. part02

 ketika karya saya di pameran Galeri 360

 bersama para editor Komik M dan PTS poP
lagi gamba di GNB comics Singapore..malam terakhir Singapore Toys
Game comic convention Dec 2010.
 bersama David Llyod di GnB
lagi toys di GnB..
bila la saya nak ada rak cermin dan koleksi sebegini..


terjebak pula layan blog,,keje banyak tak siap lagi nih..
ni pula artwork sketch dedulu..ntah 2-3 tahun lepas nye digital sketch practice..

Thursday, May 05, 2011

Lagi Ulasan mengenai Liga Pendekar

entah tetiba terjumpa ulasan mengenai Liga Pedekar. Ini bukan nak bangga diri atau riak atau 'masuk bakul angkat senidri'..
memang ulasan ini agak lama. tapi ia cukup membantu dalam saya memperbaiki kelemahan yang ada dan berusaha yang terbaik untuk LP #02.
terima kaseh pada Aina Naufal dan Aliff Mohd atas ulasan dan komen anda. memang di hati ingain sepenuh masa buat komik dan segera siapkan jilid-jilid seterusnya..tetapi kesibukan tugas dan sekarang ini sibuk dengan persiapan Bulan Komik, PeKOMIKON  ( 14, 21, 28 Mei) dan Anugerah PeKOMIK ke-3 2011 (28 Mei) sepanjang Mei di Perpustakaan Negara Malaysia sedikit membantutkan persiapan LP#02.

Saya berharap dengan ulasan ini akan menyemarak semangat saya untuk bekarya komik. InsyAllah.

pautan ulasan dari link Aina dan Aliff.

petikan ulasan Aina:
Blog EntryLiga PendekarJul 17, '08 3:13 AM
for everyone
Nampaknya dunia komik dan novel grafik di tanah air semakin meriah dengan kehadiran lagi kisah yang menggabungkan kebanyakan mitos dan legenda pahlawan serta watak yang digeruni oleh masyarakat Melayu kita. Aku terbaca iklannya di blog perkasaalam. 

Tajuk : Liga Pendekar – ‘Perikatan Adiwira’
Penulis/Pelukis : Azhar Abdullah
Penerbit : PTS Millenia
Harga : RM 7.90
Halaman : 100 m/s (hitam putih)
Lokasi ditemui : MPH Jaya Jusco, Tmn Maluri

Nama-nama seperti Hang Tuah, Malim Deman, Sang Kelembai, Badang, Awang Kenit, Sang Kebayan, Si Tanggang dan Orang Minyak menjadi watak-watak dalam plot Liga Pendekar. Meskipun pendekatannya sedikit kemiripan dengan filem League Of Justice yang ditayangkan tidak lama dahulu, meskipun begitu cerita yang digarap adalah asli. Mungkin dapat aku katakan biarlah ini menjadi titik permulaan ke arah cerita yang lebih mantap dan penuh dengan falsafah. Kalau tidak komik ini hanya akan menjadi stereotaip seperti komik-komik kung fu di pasaran.
Bermula dengan perjalanan Malim Deman mencari Hang Tuah sebagai rakan di dalam liga ini berakhir dengan siri pertarungan yang hebat. Semuanya bertempur dan memperagakan ilmu yang ada di dada. Tuah yang pada mulanya tidak setuju untuk menyertai liga itu akhirnya mengangguk dan terpaksa mengikuti liga itu untuk calam misi mencari … (mana boleh beritahu, kena beli sendirilah). Kemudian bertemu pula dengan sang Kelembai dan kuncu-kuncunya yang kerjanya merompak orang-orang kaya yang melalui kawasan yang didakwa menjadi tempatnya. Pertarungan berlaku lagi dan akhirnya Sang Kelembai terpaksa mengakui kehebatan kumpulan liga pendekar itu. 

Cuma ada sedikit perkara yang harus penulis/pelukis berhati-hati, terutama apabila bermain dengan watak-watak pahlawan Melayu ini. Pertamanya, dikatakan Malim Deman bersahabat dengan raja bunian dan boleh menanggil mereka pada bila-bila masa. Keduanya, dikatakan Sang Kebayan menggunakan ilmu sihir sebagai kepandaiannya. Persoalannya, watak-watak ini adalah watak yang dimaklumi oleh pembaca dan sangat akrab. Sering sahaja ditemui di mana-mana, terutama sumpah keramat Hang Tuah itu. 

Aku cuma beranggapan penulis/pelukis novel komik ini mempunyai rasional dan justifikasinya tersendiri. Walaupun dapat dfahami bahawa ianya adalah merupakan cerita fantasi/pengembaraan, tapi harus berhati-hati. Melainkan watak-watak itu adalah watak baru dan watak yang menggunakan sihir adalah watak-watak jahat, itu mungkin boleh diterima pakai. Seperkara lagi, agaknya lebih cantik kalau penulis/pelukis dapat menceritakan sedikit bagaimana pertemuan mereka semua ini, kerana watak-watak itu datang dari berlainan masa dan zaman. Adakah mereka dikumpulkan secara ‘panggilan batin’ (bahasa modennya – time machine) atau dengan cara mereka yang tersendiri. Ini cuma pendapat aku. 

Walaubagaimana pun, aku suka tentang elemen-elemen silat dan jagat mistik diserapkan dalam novel ini. Walaupun adakalanya agak keterlaluan, namun sekurang-kurangya ia dapat memperkenalkan sedikit sebanyak alam persilatan dan ilmu kebatinan orang Melayu dahulu kepada pembaca. Memang jagat persilatan Melayu dahulu kala dipenuhi dengan ilmu-ilmu mistik yang tak tergambarkan lagi orang kita pada masa kini. Baik dari segi persilatannya, ilmu perubatan dan lain-lain laig, semua keyakinannya telah terhakis dek pengaruh penjajah asing yang datang ke sini dahulu. 

Apakah kita tidak ingat dengan peristiwa Abdul Rahman Limbong di mana penjajah Inggeris yang bermesyuarat dengannya mendapat malu apabila kerusi yang didudukkinya melekat di punggung. Banyaklah peristiwa yang mencarik adat yang orang sekarang sukar untuk mempercayainya. Sebab itulah apabila berlaku perkara-perkara yang berkaitan dengannya, kita tidak percaya dan lekas-lekas menuduh semua bomoh dan pawang itu sesat dan syirik. Konotasinya mudah sahaja, tidakkah sama dengan seorang dukun yang menjampi air kosong dan panadol yang kita telan; siapa yang menyembuhkannya? 

Apa-apa pun kehadiran novel komik ini dapat dijadikan lagi sebagai bahan bacaan di waktu senggang. Semoga penulis/pelukis novel komik dapat memantapkan lagi lukisannya dan plot yang bakal dibentangkan pada masa akan datang. Memandangkan karya sudah banyak kali ditolak oleh penerbit, maka sewajarnya peluang yang ada harus dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menghasilkan lukisan yang lebih kemas, cantik dan kalau boleh berwarna. Itu lebih menarik perhatian pembaca, ya warna. Akhir kalam, tahniah kepada penulis/pelukis yang menghasilkan karya ini. Pecah kepala sebenarnya mahu menghasilkan cerita yang bagus dan menarik! Teruskan usaha wahai sdr Azhar!

petikan ulasan saudara Alif:

Perikatan Adiwira Miliki Ciri Antarabangsa


Kali terakhir saya membaca komik tempatan adalah pada tahun 2000. Sejak dari tahun itu hingga kini, jangan kata membaca, hendak menyentuh kulit komik pun saya tidak mahu. Ini semua gara- gara ibu saya melarang membaca komik.

Beliau menyatakan cerita komik penuh imaginasi dan rekaan semata- mata. Lebih mendukacitakan, komik menggunakan bahasa tunggang- langgang sehingga merosakkan bahasa itu sendiri.
Namun, pada tahun 2009 tembok tanggapan negatif saya terhadap komik tempatan runtuh apabila membaca komik “Liga Pendekar: Perikatan Adiwira” terbitan PTS.

Saya kagum dengan kartunis Azhar Abdullah kerana mampu menghasilkan karya bacaan ringan dengan mengangkat kembali pahlawan dan srikandi yang wujud dalam hikayat orang Melayu.
“Liga Pendekar: Perikatan Adiwira” mengisahkan pengembaraan lapan orang wira yang mempunyai kelebihan tersendiri dalam usaha menghapuskan kejahatan kerajaan Jin Hitam yang ingin menakluki empayar Kesultanan Melayu Melaka.

Ikatan perwira ini diketuai oleh Malim Deman. Beliau turut dibantu oleh Hang Tuah (Pak Tua), Badang, Sang Kebayang dan Awang Kenit. Malah, watak antagonis seperti Sang Kelembai, Si Tanggang dan Orang Minyak turut memberikan pertolongan di dalam misi ini.
Komik setebal 100 muka surat ini memiliki lukisan dan jalan cerita yang menarik. Pada pendapat saya, lukisan komik sebegini diperlukan bagi komik tempatan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan komik dari luar negara.

Jalan cerita yang bersahaja namun ia membuatkan saya terus membelek dari satu muka surat ke muka surat yang lain sehingga saya mengambil keputusan untuk membelinya terus.
Kartunis Azhar mengambil nama- nama pahlawan Melayu yang masyhur untuk dijadikan karakter di dalam komik ini. Lebih menarik, watak- watak antagonis di dalam karya klasik Melayu turut diangkat menjadi hero di dalam karya beliau.     

Secara jujurnya, Malaysia memerlukan komik sebegini bagi membuatkan rakyat negara ini terus menanti dan meminati komik- komik tempatan.
Komik tempatan seperti komik ini berbeza dengan komik luar negara kerana ia menerapkan unsur- unsur tempatan di dalamnya berbanding komik luar negara yang lebih menekankan budaya dari negara asal.
Saya amat berharap PTS dan penerbit buku yang lain dapat menerbitkan buku seperti ini lagi di masa akan datang. Terima kasih kerana berjaya merobohkan “dinding pandangan negatif” saya terhadap komik tempatan!

Saturday, April 23, 2011

Full time freelance..self employed..

i am officially set up my own business (kind Off)..
my business or service : illustration. do storyboard, concept art, character design and what i love most:comics..
but..comics kinda time consuming so i do other jobs to secure my income..
which is doing concept, storyboard, character designs and illustration jobs..at the same time fulltime baby sitter..
the working hours hectic.. thought can update my blog.
have to work on my time managemnt..at the same time prepare for PeKOMIK convention this coming May..
here's some update on my work/sketch:
some sketch for fan...who buy my comics..a very fast sketch..

ini masa promo komik M di Apha Angle..pastu buat fan art 'Babap Boi'
Hari pertama di set file baru Afdlin Shauki 'Ponti vs Omi'
first time penanngan day one on set..balik 5 pagi...
lagi gambar promo di MPH, Alpha Angle March lalu..


bersama barisan bestseller: froggy (kiri), Reja & BopHairy, 
di belakang para editor KomikM: Wanzu & Alif
masa melantak di KFC..Poyo pura2 malu...
saja x nak dok atas pentas buat signing session..
Baca kecemprengman karya Poyo memang kelakar lagi menghiburkan..(kembang kempis perutku di buatnya)

 fan art utk BabapBoi karya pekomik hebat Froggypapa..
satu lagi sketch watak baru dalam LP#02....
kira sepacial preview/teaser nih...

ini juga bersama pekomik storyboard artis tersohor Malaysia...
saya sangat gembira dapat otografnya utk komik Heavy metal (dia ada buat komik dalam tu tau).
komik XPDC & Keluang man...rare tau komik2 ini.

Ini pula gambar2 bersama tuan direktor, Afdlin Shauki..
berbincang akan rekaan watak PvO..
Alhamdullilah semua design ok di terima dan proceed...

 gambar character design study...
sebelum final stage make up n wardrobe..
 design saya di gunakan
utk pre promo launching media release filem PvO march lalu..
very tight deadline job ni..
hanya dapat discuss ngan Tuan Afdlin di set..
gambar promo ini di ambil dari link di bawah..sila klik utk mengetahui lebih lanjut akan filem terbaru Afdlin Shauki PvO ini..
ini pula pameran lukisan seni komik:
Sequential Narratives di galeri Chandan. jan- februari lalu..
bukan senang ooo nak bergambar ngan pelukis hebat ini: Bayu Otomo Rajikin

bersama para pekomik kartunis ilustrator  hebat: Sireh & Zamzami

ini gambar section pameran saya di Galeri Chandan..


itu je la sempat update...siang selalu amat mencabar bekerja di rumah ngan karenah anak-anak..
malam je dapat fokus semaksimanya..
amat mencabar kerja sendiri sepenuh masa ini..

saya nak bergegas ke KL International Book Fair, PWTC pula.
ada promo komik saya dgn Komik M di booth PTS
Sabtu ( 5pm - 6 pm )
Ahad ( 4pm - 5 pm )

jumpa di sana.. lepas ini Bulan Komik, pekomikon sepanjang Mei di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) setiap 7, 14, 21 Mei..
seterusnya Kemuncak Anugerah PeKOMIK 2011..update:
link blog AP2011