memang ulasan ini agak lama. tapi ia cukup membantu dalam saya memperbaiki kelemahan yang ada dan berusaha yang terbaik untuk LP #02.
terima kaseh pada Aina Naufal dan Aliff Mohd atas ulasan dan komen anda. memang di hati ingain sepenuh masa buat komik dan segera siapkan jilid-jilid seterusnya..tetapi kesibukan tugas dan sekarang ini sibuk dengan persiapan Bulan Komik, PeKOMIKON ( 14, 21, 28 Mei) dan Anugerah PeKOMIK ke-3 2011 (28 Mei) sepanjang Mei di Perpustakaan Negara Malaysia sedikit membantutkan persiapan LP#02.
Saya berharap dengan ulasan ini akan menyemarak semangat saya untuk bekarya komik. InsyAllah.
pautan ulasan dari link Aina dan Aliff.
petikan ulasan Aina:
Liga Pendekar | for everyone |
Nampaknya dunia komik dan novel grafik di tanah air semakin meriah dengan kehadiran lagi kisah yang menggabungkan kebanyakan mitos dan legenda pahlawan serta watak yang digeruni oleh masyarakat Melayu kita. Aku terbaca iklannya di blog perkasaalam.
Tajuk : Liga Pendekar – ‘Perikatan Adiwira’
Penulis/Pelukis : Azhar Abdullah
Penerbit : PTS Millenia
Harga : RM 7.90
Halaman : 100 m/s (hitam putih)
Lokasi ditemui : MPH Jaya Jusco, Tmn Maluri
Nama-nama seperti Hang Tuah, Malim Deman, Sang Kelembai, Badang, Awang Kenit, Sang Kebayan, Si Tanggang dan Orang Minyak menjadi watak-watak dalam plot Liga Pendekar. Meskipun pendekatannya sedikit kemiripan dengan filem League Of Justice yang ditayangkan tidak lama dahulu, meskipun begitu cerita yang digarap adalah asli. Mungkin dapat aku katakan biarlah ini menjadi titik permulaan ke arah cerita yang lebih mantap dan penuh dengan falsafah. Kalau tidak komik ini hanya akan menjadi stereotaip seperti komik-komik kung fu di pasaran.
Bermula dengan perjalanan Malim Deman mencari Hang Tuah sebagai rakan di dalam liga ini berakhir dengan siri pertarungan yang hebat. Semuanya bertempur dan memperagakan ilmu yang ada di dada. Tuah yang pada mulanya tidak setuju untuk menyertai liga itu akhirnya mengangguk dan terpaksa mengikuti liga itu untuk calam misi mencari … (mana boleh beritahu, kena beli sendirilah). Kemudian bertemu pula dengan sang Kelembai dan kuncu-kuncunya yang kerjanya merompak orang-orang kaya yang melalui kawasan yang didakwa menjadi tempatnya. Pertarungan berlaku lagi dan akhirnya Sang Kelembai terpaksa mengakui kehebatan kumpulan liga pendekar itu.
Cuma ada sedikit perkara yang harus penulis/pelukis berhati-hati, terutama apabila bermain dengan watak-watak pahlawan Melayu ini. Pertamanya, dikatakan Malim Deman bersahabat dengan raja bunian dan boleh menanggil mereka pada bila-bila masa. Keduanya, dikatakan Sang Kebayan menggunakan ilmu sihir sebagai kepandaiannya. Persoalannya, watak-watak ini adalah watak yang dimaklumi oleh pembaca dan sangat akrab. Sering sahaja ditemui di mana-mana, terutama sumpah keramat Hang Tuah itu.
Aku cuma beranggapan penulis/pelukis novel komik ini mempunyai rasional dan justifikasinya tersendiri. Walaupun dapat dfahami bahawa ianya adalah merupakan cerita fantasi/pengembaraan, tapi harus berhati-hati. Melainkan watak-watak itu adalah watak baru dan watak yang menggunakan sihir adalah watak-watak jahat, itu mungkin boleh diterima pakai. Seperkara lagi, agaknya lebih cantik kalau penulis/pelukis dapat menceritakan sedikit bagaimana pertemuan mereka semua ini, kerana watak-watak itu datang dari berlainan masa dan zaman. Adakah mereka dikumpulkan secara ‘panggilan batin’ (bahasa modennya – time machine) atau dengan cara mereka yang tersendiri. Ini cuma pendapat aku.
Walaubagaimana pun, aku suka tentang elemen-elemen silat dan jagat mistik diserapkan dalam novel ini. Walaupun adakalanya agak keterlaluan, namun sekurang-kurangya ia dapat memperkenalkan sedikit sebanyak alam persilatan dan ilmu kebatinan orang Melayu dahulu kepada pembaca. Memang jagat persilatan Melayu dahulu kala dipenuhi dengan ilmu-ilmu mistik yang tak tergambarkan lagi orang kita pada masa kini. Baik dari segi persilatannya, ilmu perubatan dan lain-lain laig, semua keyakinannya telah terhakis dek pengaruh penjajah asing yang datang ke sini dahulu.
Apakah kita tidak ingat dengan peristiwa Abdul Rahman Limbong di mana penjajah Inggeris yang bermesyuarat dengannya mendapat malu apabila kerusi yang didudukkinya melekat di punggung. Banyaklah peristiwa yang mencarik adat yang orang sekarang sukar untuk mempercayainya. Sebab itulah apabila berlaku perkara-perkara yang berkaitan dengannya, kita tidak percaya dan lekas-lekas menuduh semua bomoh dan pawang itu sesat dan syirik. Konotasinya mudah sahaja, tidakkah sama dengan seorang dukun yang menjampi air kosong dan panadol yang kita telan; siapa yang menyembuhkannya?
Apa-apa pun kehadiran novel komik ini dapat dijadikan lagi sebagai bahan bacaan di waktu senggang. Semoga penulis/pelukis novel komik dapat memantapkan lagi lukisannya dan plot yang bakal dibentangkan pada masa akan datang. Memandangkan karya sudah banyak kali ditolak oleh penerbit, maka sewajarnya peluang yang ada harus dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menghasilkan lukisan yang lebih kemas, cantik dan kalau boleh berwarna. Itu lebih menarik perhatian pembaca, ya warna. Akhir kalam, tahniah kepada penulis/pelukis yang menghasilkan karya ini. Pecah kepala sebenarnya mahu menghasilkan cerita yang bagus dan menarik! Teruskan usaha wahai sdr Azhar!
petikan ulasan saudara Alif:
Perikatan Adiwira Miliki Ciri Antarabangsa
Kali terakhir saya membaca komik tempatan adalah pada tahun 2000. Sejak dari tahun itu hingga kini, jangan kata membaca, hendak menyentuh kulit komik pun saya tidak mahu. Ini semua gara- gara ibu saya melarang membaca komik.
Beliau menyatakan cerita komik penuh imaginasi dan rekaan semata- mata. Lebih mendukacitakan, komik menggunakan bahasa tunggang- langgang sehingga merosakkan bahasa itu sendiri.
Namun, pada tahun 2009 tembok tanggapan negatif saya terhadap komik tempatan runtuh apabila membaca komik “Liga Pendekar: Perikatan Adiwira” terbitan PTS.
Saya kagum dengan kartunis Azhar Abdullah kerana mampu menghasilkan karya bacaan ringan dengan mengangkat kembali pahlawan dan srikandi yang wujud dalam hikayat orang Melayu.
“Liga Pendekar: Perikatan Adiwira” mengisahkan pengembaraan lapan orang wira yang mempunyai kelebihan tersendiri dalam usaha menghapuskan kejahatan kerajaan Jin Hitam yang ingin menakluki empayar Kesultanan Melayu Melaka.
Ikatan perwira ini diketuai oleh Malim Deman. Beliau turut dibantu oleh Hang Tuah (Pak Tua), Badang, Sang Kebayang dan Awang Kenit. Malah, watak antagonis seperti Sang Kelembai, Si Tanggang dan Orang Minyak turut memberikan pertolongan di dalam misi ini.
Komik setebal 100 muka surat ini memiliki lukisan dan jalan cerita yang menarik. Pada pendapat saya, lukisan komik sebegini diperlukan bagi komik tempatan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan komik dari luar negara.
Jalan cerita yang bersahaja namun ia membuatkan saya terus membelek dari satu muka surat ke muka surat yang lain sehingga saya mengambil keputusan untuk membelinya terus.
Kartunis Azhar mengambil nama- nama pahlawan Melayu yang masyhur untuk dijadikan karakter di dalam komik ini. Lebih menarik, watak- watak antagonis di dalam karya klasik Melayu turut diangkat menjadi hero di dalam karya beliau.
Secara jujurnya, Malaysia memerlukan komik sebegini bagi membuatkan rakyat negara ini terus menanti dan meminati komik- komik tempatan.
Komik tempatan seperti komik ini berbeza dengan komik luar negara kerana ia menerapkan unsur- unsur tempatan di dalamnya berbanding komik luar negara yang lebih menekankan budaya dari negara asal.
Saya amat berharap PTS dan penerbit buku yang lain dapat menerbitkan buku seperti ini lagi di masa akan datang. Terima kasih kerana berjaya merobohkan “dinding pandangan negatif” saya terhadap komik tempatan!
3 comments:
as salam. wah! nampak lu kan main sibuk tak ingat ke laut! macam2 benda lu buat. syabas! gua tertengok entry lu pasal Inking Portfolio for Marvel Portfolio Review STGCC 2010. kembang lobang idung gua. teruja nak join. heh! cam no gua nak join aa.
tq
Wa alaikum salam bang. terima kaseh menyinggah.
saya cuba mana mampu..terima kaseh bang..biasa la dah keje fulltime artist aka fulltime freelance..
yg marvel portfolio tu masa nak je STGCC2010..pegi webnya ada link kalu berminat nak submit portoflio..
kali ni STGCC2011 pada bulan ogos..seminggu sebelum raya..
rajin cek intenet dalam bulan jun ini.
Fantastic, you have very good talent. I love those sketch. You will reach far with that skills of yours. Great blog.
Post a Comment