another busy month... barely surfing the net closed to 2 months since my office moved to a new office..still on renovation work..still no telephone line..no internet connection.. me also moving back to shah alam living with my parents..barely used the internet at home..since my sister..and my wife using the net..and..i spend a lot of time with my daughter or at my drawing table.. struggling to finish my next graphic novel..67 pages to scan..6 pages to ink.. alotta layout and scripting to do..its not an easy job like doing novels..you can produce up to 3-4 novels per year if consistence.. so ..preview of the day... 4 years in the making..( complete one comic during this time).. berbalik pasal topic kenapa penerimaan bayaran komik atau royalti masih rendah..berbanding dengan menulis novel: ( mengikut pandangan saya)
1. harga buku novel di jual di pasaran lagi tinggi berbanding..maka nisbah pulangan royalti lagi tinggi berbanding komik... contoh: novel di jual pada harga RM20..katakan royalti 10% makan pengkarya akan dapat RM 2 per book.. komik di jual pada harga RM7..royalti 10% makan pengkarya akan dapat 70sen per book.. so kira sendiri kalu ianya terjual 10 000 unit setahun.. semestinya pengkarya novel akan dapat pulangan tinggi.
2. Penulis novel mampu menyiapkan 3- 5pg atau lebih sehari berbanding pengkarya komik yg melukis dan menulis komik... nak siapkan satu page mungkin sehari atau dua ( ini perbandingan antara pengkarya komik yg melukis dan menulis komik separuh masa..dengan penulis novel separuh masa).
3. proses menghasilkan komik agak rumit berbanding penulis novel.. amat setuju amat amat sukar menulis..merangka kerja untuk cerita fiksyen, research,reference..etc..tapi kesusahan menulis itu hanyalah 1/3 utk pengkarya komik tanggung kerana selebihnya setelah merangka cerita dan skrip kena merangka:
- susunan angle, visual..penceritaan bergambar bak director dan director of cinematography.
- lakaran thumbnai iaitu lakaran kasar sebelum melukis dengan pencil ( juga kena ambil kira faktor acting, expression, gesture, angle dan dwg style semasa melukis)
- seterusnya bila siap lakaran pencil ..kena buat kemasan inking.
- layout utk susunan ballon dan teks.
- scanning process dan touch up akan lukisan komik - taip skrip dan placing semua teks mengikut layout. ini realiti yg melambatkan process menghasilkan komik
4. nilai seni lukisan komik..kerana di negara luar yg komik ini adalah satu industri besar.. hasil lukisan komik ini di iktiraf profesionalismenya..dan di bayar walaupun ianya akan mendapat royalti atas creator own work... ada juga mendapat lump-sum paymnt akan artwrk dan juga imbuhan lain dan ada juga mendapat advence paymnt/royalti tinggi atas hasil seni lukisan komik itu.
5. market KOmik agak sukar dan masih belum besar berbanding market novel. ini kerana kebanjiran komik luar (jepun dan HK) menggangu pasaran komik tempatan juga persaingan media hiburan lain seperti games, movies, internet,hp yg menjadi kegilaan remaja kini.
6. Juga di akui penerbit agak takut dengan modal yg tinggi dalam penghasilan komik. perlu lebih promosi dan stratergi pemasaran memandang kan industri komik tempatan masih kebelakang dan amat sukar menarik remaja/kanak-kanak kini ke atas komik tempatan dengan daya saing kuat dari manga/anime.
ini adalah realiti..dan saya berharap Komik tempatan dapat menembusi benteng penerbitan komik supaya ianya menjadi kegilaan remaja/kanak-kanak kini atau dewasa kini.. kerna ketika ini industri komik tempatan masih malap.
segala usaha pekomik(penggiat komik), kerajaan (mdec) dan penerbit di malaysia amat saya hargai untuk memajukan komik tempatan supaya ianya akan semaju di eropah, amerika, jepun dan Hong Kong.
IsyAllah
10 comments:
style lukisan dan ink sy suke. it got a malay elemen in it. sy rasa kalo komik cik azhar ni di warna kan mesti sedap lagi nak di baca. tp masalahnya komik-m tak buat. kenape ye?
walhal novel tu harga nya tinggi contoh RM20. org tetap beli jugak. sy pernah gi ke kedai borders banyak original manga yang harganya RM20 ke atas. ada apa org beli.
point kat sini ialah bila buku tu ada makna dlm isinya mesti org nak beli. mcm buku islam contohnya boleh mengubah seseorang atau inspirasi.
insyaAllah komik industri di malaysia akan besar nnt. tp alhamdullilah animasi kita maju. smpai disney pun beli.
damn right mr president
bagi saya lah bang,
kita sebnar bukan tak der pelukis berbkat klau kita kata takk der mcm mana pelukis kita boleh jd kartunis antarabangsa????
masalah sekarang peminat!!
kita tak der yang sokong komik kita yang ader hanya beberapa je..
n bg saya kerajaan juga kena campurtangan dlam komik ni. kita kena had kan komik dr luar..ni terlalu bersepah komik luar.kena kita tak buat mcm euro yang kerajaan dia sekat komik luar n saji kan dgn komik dia orang?
n ader nye pulak komik macam kreko,arena komik tuh satu halangan komik kita..bila kita pembaca komik ni terdedah dgn komik luar dia akan buat bandingan yang tdak masuk akal..hmm..
bg saya lah mula2 kita kena ada peminat dulu....
salam cik azhar...mmg betul industri komik kat malaysia ni kurang sambutan..skarang ni ramai yg ppilih manga daripada bcae komik tempatan..agak sedih juga..huhuhu.smoge cik azhar berjuang habis2an demi memartabatkan industri komik malaysia ni..btw..cik azhar da masuk paper kosmo !!..tahiniah..mari sama2 kita berusaha.cik azhar ni da lame saye jadikan mentor sebenanye..hihihi
maaf cik azhar...TAHNIAH tu salah eja pulak..excited sangat nak taip.
great!
Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks.
Zuki (zukidin.blogspot.com)
Eh ko tak boleh cakap camni. Macam tak buat research ja. Novelis yang hebat takkan senang senang boleh siapkan beberapa page camtu ja tiap tiap hari. Tak pernah baca novel yang bagus ke?
saya cakap dalam konteks bagi pelukis yang menulik komik sendiri.
sebagai penulis, ianya makan masa juga...research juga perlu bagi menulis dan melukis.
Post a Comment